Macam mna eh nk amik gambar cmni?

ehm2..بسم الله الرحمن الرحيم


mlm tadi xleh tdo tbe2 datang idea trasa nk kogsi something pasal amik gmbar ni (1st post ni!!)..dah ramai cerdik pandai kt luar sana tu pasal kamere ni tolong bagi tunjuk ajar kalau ada salah silap & saya amat mengharapkan komen2 membina dari anda..


saya just nak kongsi la sedikit macam mna gambar ni diambil..(sebab saya ske gambar ni walaupn gambar ni kantoi xD <--syok sndiri)
lokasi gambar ni diambil adalah kat FRIM kepong..

model - afiq zambri & khairul roy


Apa yang saya gune?
1. kamere (sony a200)
2. flash gun/ speedlite (sony hvl-f58)
3. lens sony 50mm f1.8 
4. wireless flash trigger 
5. umbrella & stand
6. spray air (yg buat spray air time nk iron baju 2)
7. model pendekar2, tukang baling daun & tukang spray air

setting kedudukan kamere, flash dan model seperti yg ditujukkan dibawah:-

setting kamere
f2.8, 1/160, iso 100, flash power 1/4 difused by umbrella

Nape saya gune 50mm lens untuk gmbar ni?
  1. Saya nak kan background yang blur; bukaan aperture besar (memandangkan gambar diambil kat tempat separa hutan, so background yg blur akan mngurangkan ke'busy'an gambar dan memberi lbih fokus kepada subjek)
  2. Field of view yg sedang molek, x wide x narrow, (dh try jgk gne wide & tele untuk scene ni tp 50mm plihan saya untuk scene ni-subjektif) ps:-nnti la kot buat notes pasal penggunaan lens ni mengikut pengalaman saya..
Kenapa f2.8 bukan f1.8 (kata nk blurkn background tadi)?
Saya x gne aperture maximum lens atas 2 sebab..
  1. Selalunya max aperture lens memberikan gmbar y sedikit soft, klo gne untuk potret ok la kot, tp gmbar ni saya nk objek se sharp yg bleh.
  2. DOF 2.8 lbih besar dari 1.8 so bahagian yg sharp akan lebih sekata pada keseluruhan subjek.
ps:- nk share tips nk gne amik gambar gne aperture bsar (f2.8, f1.8, f1.4) & tele tp nk bgi hanya backgound je yg blur, subjek still sharp evently, kedudukan kamere dan subjek kwe btul2 bersetentang (macam ilustrasi diatas)
Nape shutter speed 1/160
shutter bagi saya adalah lbih subjektif berbanding aperture. bergantung kepada:- 

  • pencahayaan, 
  • action y kte ambil tu & 
  • dlam situasi mggunakn wireless flash trigger seperti ni, synchronize speed trigger itu jgk perlu diambil kire.
ikut buku manual trigger saya, max sync speed dia 1/250 sec bermakna trigger xleh nk sync pada shutter speed yg lebih laju dari tu cntohnya 1/500. akibatnya-gambar jadi separuh gelap, separuh cerah ataupun gelap trus..pernah alami?



Umbrella tu Payung yg kte gune time hujan ke?
Mungkin bleh jugak. payung ni khas untuk gne bersama flash..kaler dia putih lutsinar..mcm yg mamat ni pegang..tu payung dgn stand dia..
model-suhail hadri
Fugsi payung ni adalah sebagai flash difuser, 'melembutkan' cahaya flash & pada masa yg sama meluaskn kawasan liputan cahaya flash memberikan efek cahaya yg lebih lembut, sekata dan natural.

Ok setting & bahan2 nya sume dh cakap, so tggal nk tekan shutter button je..igt, gambar 2 bkn saya skali snap je trus dapat, dalam bepuluh jgk la nk dapatkan setting n angle..kne rajin2 snap bratus2 kali insyaAllah ada la 2-3 jaD @ the worse  case..

Gambar tu RaW dari camere ke? x edit?
Of course not..hehe..mestila dah edit sket2..tp akibat dah penat taip so len kali la cite pasal edit tu..tu pon klo ada permintaan..

X lupe sya nk berterima kasih kepada model2 yg sebenarnya penghidup kepada gambar saya tu degan ekspresi separa professional (hee..jgn marah)..dan x lupe jugak kepada pembaling daun dan penyepray air..wassalam..

ps:- sume yg saya kongi dalam ni adalah berdasar kn pengalaman dan pembelajaran saya sendiri selama setahun jagung dalam bidang ni..jangan anggap sume btul, tp sy cube kongsi yg terbaik, xde tipu2 punyaaa~~ apatah lagi illuminati (x psal2)..

x puas ati sebab gambar tu spoil plak ada entiti yg x spatutnya muncul..= =''

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe