STAR TRAIL

Semenjak 2 menjak ni terkena demam star trail..habes sume tempat yg dilawati mesti nk amik gambar start trail..terlintas jugak nk buat collection star trail banyak-banyak pastu letak dalam 1 album untuk tatapan anak cucu..


So bagi sape2 yg berminat nk try shoot star trail ni, aku nk kongsi la serba sedikit pengalaman..xdela susah mana pun..cuma kene ada kesaboran jela sket..

View dari Perhentian Island Resort, Pulau Perhentian
54 photos (~30 min) sony a200, tokina 11mm, 30sec @ f3.5, iso400


Bahan2nya:
1. DSLR
2. Tripod
3. Camera remote trigger (cari yg bleh lock trigger)
4. Bahan2 mengisi masa lapang (komik, kawan2, sudoku, etc.)


Biasanya nk shoot star trail ni carila hari yg xde bulan @ bulan x brapa nk terang baru cahaya bintang2 ni menyerlah.


Bagi pengguna2 android aku nk suggest 1 software "Google Sky Map". Bleh donlod dari market je. Software ni amat2 membantu dalam nk ketahui kedudukan bintang dan  arah pergerakan bintang kat lagit. 


Ok now setting dia senang je, (sblum tu pasang trigger ke body kamera la dlu) 
- tukar Drive Mode kepada Continuous Shooting. Nk shoot ni sume guna manual, M mode & manual fokus.


1. Shutter turunkan kepada 30sec (30'')


2. Iso kalau bleh set kepada yang pling rendah seperti iso 100 @ 200 untuk mngurangkan kebisingan (noise) gambar disebabkan long shutter. Oh lagi 1 off kan "long shutter noise reduction" sebab akan menggaggu interval time between shot (biasanya long shutter noise reduction=exposure time, e.g kalau exposure 30sec, noise reduction pn 30sec jgk) & ini akan merugikan masa kita 30 saat yg akan memberi efek kepada gambar star trail.


3. Aperture pulak set dalam 3.5 ke 5.6 bergantung kepada kegelapan malam.


4. Adjust fokus lens kepada tanda infinity (∞).


5. Pilih la nak view portait ke landscape. 2-2 ada kelebihan masing2. Compose la gambar tu masukkan foreground subjek macam pokok ke, bangunan ke, biskut, ke..


Pemilihan lens jugak bleh bagi efek yg lain kepada gambar. Contohnya Wide lens akan bagi view yang lebih luas kepada bentuk pergerakan bintang tu tetapi kene pacak kamera lagi lama la baru bleh full kan view kt, & fokus yg lebih panjang (50mm keatas) akan bagi efek macam bintang tu lagi dekat ngan subjek depan (pokok @ bangunan ke) dan masa untuk nampak efek pergerakan bintang tu lagi sekejap.


Dah setting sume2 yang kat atas ni baik punya, tekan la trigger tu dan lock shutter button kt trigger tu. Biarkan kamere at least 1 jam. Lagi lama lagi cantik & panjang trail bintang tu. Terpulang kepada kesabaran la.


Secara umumnya setting kamera aku 30sec, f3.5, iso100 pada kebanyakan gambar dibawah.




1st cubaan star trail, kt uia. Buat sorang2 macam orang gile 3-4 pg.
Tak brapa nk jadi sebab awan mencemburui kami (aku dan bintang)
50mm, 30sec, f3.5 iso100




Yang ni 2nd try. Buat kat uia. Kali ni bawak member join jugak. Xdela rasa boring sangat. 
Siap tapau makanan lagi makan & borak sambil menunggu.
128 photos (~1hour 20 min) @ tokina 11mm, f3.5 @ 30sec, iso 100 




dari tingkap bilik abi
91 photos(~50min) @ sony 50mm, f3.5 @ 30sec @ iso 100


taman gelora, kuantan (sambil2 tggu mmber ngail)
84 photos(45min) @ tokina 11mm, f3.5 @ 30sec @ iso 100





S.K Serandu, Pekan, Pahang
167 photos (~1 hour 25 min) (sony a200, f3.5 @ 30sec, iso 100)




Gambar2 yang di-shoot bepuluh2 @ beratus2 tu kemudian bleh digabungkan gune Software star trail ni. Kalau anda seorang yang sangat tekun, guna Photoshop pon boleh. Layerkan sume gambar2 pastu tukar blending mode kepada 'Lighten'


Ha, lagi 1 nk nasihat berdasarkn pengalaman, klo nak shoot start trail tu start la seawal mungkin, dalam pukul 8 ke sebab langit yg disangkakan clear smpai ke pagi, rupanya berawan ditengah malam.


okeh tu jela kot..marilah berstar trailing..

You Might Also Like

3 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe